Sunday, January 24, 2010

SELAWAT NABI S.A.W


Pahala berselawat ke atas Nabi S.A.W sangat besar. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi S.A.W bersabda :
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها شراً
“Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali”
[hadith sahih riwayat Muslim].

Mengikut ayat Al Quran dari surah Al Ahzab:33: 43 mafhumnya

"Dia lah Yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (Memohonkan Ampunan untukMu), Supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan (kufur dan maksiat) kepada cahaya (Yang terang).Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang Yang beriman".

Berdasarkan ayat ini, dijelaskan bahawa selawat Allah kepada manusia yang berselawat ke atas Nabi SAW adalah membawa erti mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi SAW berdasarkan keterangan dari Al Quran surah Al Ahzab:33:56 Maksudnya : " Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi , Hai orang-orang Yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

Dari keterangan ayat Al Quran di atas, Allah SWT menyuruh / memerintahkan kita semua untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Melalui ayat perintah ini, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berselawat ke atas Nabi SAW.
Mengikut tafsir ulama di atas, malaikat berselawat ke atas manusia yang berselawat ke atas Nabi SAW. Mereka berdoa kepada Allah untuk orang-orang yang beriman dan beristighfar kepada Allah untuk mereka ini sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mukmin:40:7

" (Malaikat-malaikat)Yang memikul 'Arsy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan mereka beriman kepadaNya serta memintakan ampun bagi orang-orang Yang beriman (Seraya mengucapkan) "Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu. maka berilah ampunan kepada orang-orang Yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dan siksaan Neraka yang bernyala-nyala".

Islam telah mengajarkan waktu untuk berselawat ke atas Nabi SAW dan antaranya ialah apabila:

a. Bila disebut nama Nabi Muhamad SAW, hendaklah kita berselawat.
b. Hendaklah kita berselawat ke atas Nabi SAW di dalam solat iaitu ketika tasyahud awal dan akhir
c. Hendaklah berselawat ketika hendak berdoa kepada Allah


Barangsiapa yang berselawat ke atas Nabi , Allah akan berselawat ke atasnya dan bukan dari Nabi Muhamad SAW. Ini adalah asas ilmu tauhid dan bertepatan dengan keterangan dari Al Quran surah An Nisaak:77:79 mafhumnya
"apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu,maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi kepada segenap manusia.Dan cukuplah Allah menjadi saksi".

Wallahualam

No comments:

Post a Comment