Wednesday, March 17, 2010

Untuk Renungan kita

Untuk Renungan bersama:
“Dengan Dia aku mengenal sifat-Nya, bukan dengan sifat-Nya aku mengenal Dia.
Dengan Dia aku mengenal ilmu pengetahuan, bukan dengan ilmu pengetahuan aku mengenal Dia.
Dengan Dia aku mengenal makrifat bukan dengan makrifat aku mengenal Dia”.
Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai.
Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.
Allah adalah pemberi Cahaya bagi semua langit dan bumi. ( Surah An-Nur 24 :ayat 35)

No comments:

Post a Comment