Monday, December 28, 2009

NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI

NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI

Allah SWT ada mempunyai 3000 nama iaitu:

  1. Sebanyak 1000 Nama-Allah SWT memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.
  2. Sebanyak 1000 Nama-Allah SWT memberi ketahui kepada nabi-nabi sahaja.
  3. Sebanyak 300 Nama ada tersebut di dalam At-Taurat
  4. Sebanyak 300 Nama ada tersebut di dalam Al-Injil
  5. Sebanyak 300 Nama ada tersebut di dalam Az-Zabur
  6. Sebanyak 99 Nama ada tersebut di dalam Al-Quran dan
  7. Sebanyak 1 Nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allah SWT
Sekelian makna nama-nama Allah SWT yang 3000 itu ada terkandung di dalam ayat "Bismillahirrahmanirrahim" dan jika sesiapa membacanya, Allah mengurniakannya balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekelian nama Allah SWT yang 3000 itu.

Jika dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada syaitan dan daripada kejahatan manusia dan jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat dari mati terkejut dan terjauh dari bala' dan penyakit.
Jika dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut pada mana-mana penyakit atau orang yang kena sihir nescaya sembuh orang itu daripada sihir dan penyakitnya.
Jika dibaca sebanyak 313 kali ketika terbit matahari pada hari ahad dengan kaedaan mengadap kiblat semuga Allah SWT mengurniakan rezeki yang terhingga banyaknya.
bersambung......disiri yang akan datang.


Sumber: Pati Rahsia susunan Hj Nik Mahmud Bin Ismail


No comments:

Post a Comment